• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Youtube

Monday, 21 September 2015

Memahami Mata Wang Vietnam - Vietnamese Dong (VND)

By Akmal Khuns

September 21 , 2015 - Destinasi seterusnya ialah Vietnam yang sering dikatikan dengan syurga membeli belah . Bagi orang seperti aku vietnam tempat untuk melihat keindahan alam semula jadi , mungkin agak bosan tetapi membeli belah wajib setelah melihat suasana alam sekitar . Bercuti di Vietnam memerlukan kos yang agak tinggi sedikit berbanding nilai ringgit Malaysia . Berdasarkan cerita kawan kawan aku yang pergi Vietnam dengan keluarga diorang kebanyakkan penjual Vietnam ni suka paksa paksa dan suka main tarik tarik kalau tak jadi beli .  Jadi hati-hati semasa membeli belah disana.Vietnam salah satu negara yang aku nak pergi tapi takut sebab penggunaan bahasa yang berlainan , apa apa pun let me explain about this   :-



Bagi memahami situasi di atas cuma buang empat angka kosong (0000) di belakang untuk memahamkan seperti duit malaysia ibarat :-
VND 10 000 = MYR 1
VND 20 000 = MYR 2
VND 50 000 = MYR 5
VND 100 000 = MYR 10
VND 200 000 = MYR 20
VND 500 000 = MYR 50
VND 1 000 000 = MYR 100



Jadi begitulah juga duit syilingnya :-
VND 5000 = RM0.50
VND 2000 = RM0.20
VND 1000 = RM0.10
VND 500 = RM0.05
VND 200 = RM0.02

Jadi senanglah kau nak buat andaian kalau sepasang selipar dekat pasar malam VND 500 000 , hati hati mungkin kau dah kena tipu . Kalau burger harga VND 35 000 maksudnya bersamaan VND 3.50 janganlah kau tukarkan kepada duit malaysia RM5.60 burger setakat roti dengan daging terus kau tak beli dah sah sah negara mereka nilai mata wang lagi tinggi .

Selesai .

Macam mana pula nak tukar duit Malaysia ke Vietnam  ? Bank , Pengurup wang berlesen(money changer) dan banyak lagi . Bergantung pada tempat juga selalunya di KLIA , bank lagi mahal . Cari di pasaraya yang biasa macam mydin , tesco ada money changer selalunya lagi murah . Pandai pandai lah bezakan tempat . 

Buat masa sekarang untuk dapatkan VND 10 000  memerlukan RM1.90 jika nak dibandingkan tahun lepas cuma perlukan rm1.50 .

Kalau dekat money changer tu akan ada tulis bahagian JUAL dan BELI dan sudah semestinya bahagian jual lebih mahal dari beli . 
Jadi bandingkan beberapa tempat masa nak BELI duit , lagi rendah lagi banyak dapat .
Jikalau ade duit lebih lepas melancong tengok bahagian BELI, lagi tinggi nilai beli lagi banyak duit kita dapat balik . Paham ?

JUAL
Contoh (1) kita nak dapatkan VND 10 000 000 x RM2.0 = RM 2000(*Buang 0000 masa kali)
jadi ibaratnya kita dapatkan VND 1000 kena belanjakan RM 2000

Contoh (2) kita nak dapatkan VND 10 000 000 x RM1.95 = RM 1950(*Buang 000 masa kali)
jadi ibaratnya kita dapat VND 1000 kena belanjakan RM1950

so pilih contoh (2) iaitu tempat yang jual harga mata wang tersebut dengan lebih murah .

BELI
Contoh (1) baki duit VND 200 000 x RM1.80 = RM 36(*Buang 0000 masa kali)
baki duit yang kita dapat cuma RM 12.50

Contoh (2) baki duit VND 200 000 x RM1.70 = RM 34(*Buang 0000 masa kali)
baki duit yang kita dapat cuma RM 10

so pilih contoh (1) iaitu tempat yang beli harga mata wang tersebut dengan lebih mahal .

Kesimpulannya Vietnam memang negara yang mungkin aku tak nak lawati sebab mahal , tunggu dah berduit sikit then perangai macam makcik makcik suka beli kain baru pergi tapi kalau ade orang nak sponsor boleh je . 

Tamat .







4 comments:

Contact

Get in touch with me


Adress/Street

Malaysia

Phone number

+(60) 17 661 6145

Website

www.akmalkhxns.blogspot.com