• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Youtube

Monday, 21 September 2015

Memahami Mata Wang Hong Kong - Hong Kong Dollar (HKD)

By Akmal Khuns

September 21 , 2015 - Hong Kong Disneyland benda yang di idam idamkan oleh kanak-kanak mahupun remaja Asian yang inginkan keseronokkan yang boleh didapati di Asia . Hong Kong yang menarik bagi aku suasana pemandangan di bandar pada waktu malam dihiasi bangunan pencakar langit . Jadi nilai mata wang Hong Kong adalah dollar sama seperti penggunaan duit Malaysia   :-



Untuk pengetahuan anda untuk mendapatkan HKD 1 = RM0.55 . Memandangkan aku tak pernah lagi ke Hong Kong , berdasarkan bacaan di laman sesawang perbelanjaan di sana agak tinggi .



Jadi begitulah rupa duit syilingnya :-
Penggunaan nya sama seperti duit Malaysia

Selesai .

Macam mana pula nak tukar duit Malaysia ke Hong Kong  ? Bank , Pengurup wang berlesen(money changer) dan banyak lagi . Bergantung pada tempat juga selalunya di KLIA , bank lagi mahal . Cari di pasaraya yang tak mewah contohnya mydin , tesco ada money changer selalunya lagi murah . Pandai pandai lah bezakan beberapa tempat . 

Buat masa sekarang untuk dapatkan HKD 1 memerlukan RM0.55 jika nak dibandingkan tahun lepas cuma perlukan RM0.40 .

Kalau dekat money changer tu akan ada tulis bahagian JUAL dan BELI dan sudah semestinya bahagian jual lebih mahal dari beli . 
Jadi bandingkan beberapa tempat masa nak BELI duit , lagi rendah lagi banyak dapat .
Jikalau ade duit lebih lepas melancong tengok bahagian BELI, lagi tinggi nilai beli lagi banyak duit kita dapat balik . Paham ?

JUAL
Contoh (1) kita nak dapatkan HKD 10 000 x RM0.60 = RM 6000

Contoh (2) kita nak dapatkan HKD 10 000 x RM0.75 = RM 7500

so pilih contoh (1) iaitu tempat yang jual harga mata wang tersebut dengan lebih murah .

BELI
Contoh (1) baki duit HKD 200 x RM0.50 = RM 100
baki duit yang kita dapat cuma RM 100

Contoh (2) baki duit HKD 200 x RM0.52 = RM 104
baki duit yang kita dapat cuma RM 104

so pilih contoh (2) iaitu tempat yang beli harga mata wang tersebut dengan lebih mahal .

Kesimpulannya , aku masih tertanya tanya kenapa Hong Kong guna dollar tapi duit kertas nilai paling kecil 20 dollar paling besar 1000 dollar . Ade sesiapa tahu pasal ni ?

Tamat .

1 comment:

  1. Mksudnya duit hong kong lagi murah dari duit malaysia ke??

    ReplyDelete

Contact

Get in touch with me


Adress/Street

Malaysia

Phone number

+(60) 17 661 6145

Website

www.akmalkhxns.blogspot.com