By Akmal Khuns
September 21 , 2015 - Bagi seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa menerokai dunia , negara pertama yang ingin aku melancong ialah Indonesia kerana faktor kos yang jauh lebih murah berbanding di negara asia tenggara yang lain lagipun serumpunkan jadi apa salahnya melawati budaya yang ada di negara mereka walaupun nilai mata wang mereka rendah sekurang-kurangnya boleh mencari pengalaman di negara orang, pertama kali bila melihat duit Indonesia bertapa banyaknya kosong di belakang setiap angka mungkin menjadi tanda tanya berapa sebenarnya nilai wang tersebut , so let me explain about this .
Bagi memahami situasi di atas cuma buang tiga angka kosong (000) di belakang untuk memahamkan seperti duit Malaysia ibarat :-
IDR 1000 = MYR 1
IDR 2000 = MYR 2
IDR 5000 = MYR 5
IDR 10000 = MYR 10
IDR 20000 = MYR 20
IDR 50000 = MYR 50
IDR 100000 = MYR 100
Jadi begitulah juga duit syilingnya :-
IDR 500 = RM0.50
IDR 200 = RM0.20
IDR 100 = RM0.10
IDR 50 = RM0.05
IDR 25 = RM0.025
Jadi senanglah nak buat andaian jika sepinggan nasi goreng berharga IDR 5000 itu bersamaan RM5 dari pandangan mata rakyat mereka , kalau ditukarkan kadar mata wang kepada ringgit Malaysia mungkin lebih kurang RM 1.55 . Bolehlah makan banyak banyak jangan sampai sakit perut sudah tak pasal pasal nak bercuti kena bercuti daripada percutian .
Selesai .
Macam mana pula nak tukar duit Malaysia ke Indonesia ? Bank , Pengurup wang berlesen(money changer) dan banyak lagi . Bergantung pada tempat juga selalunya di KLIA , bank lagi mahal . Cari di pasaraya yang tak mewah ada money changer selalunya lagi murah ,janganlah kau cari money changer dekat Aeon , Pavilion memang mahallah mata wang dia jual , kau cari kat mydin , tesco ke ? Okay . Pandai pandailah bezakan mana satu lagi berbaloi .
Buat masa sekarang untuk dapatkan IDR 1000 cuma memerlukan RM0.30 .
Kalau dekat money changer tu akan ada tulis bahagian JUAL dan BELI dan sudah semestinya bahagian jual lebih mahal dari beli .
Jadi bandingkan beberapa tempat masa nak BELI duit , lagi rendah lagi banyak dapat .
Jikalau ade duit lebih lepas melancong tengok bahagian BELI, lagi tinggi nilai beli lagi banyak duit kita dapat balik . Paham ?
JUAL
Contoh (1) kita nak dapatkan IDR 1 000 000 x RM0.36 = RM 360(*Buang 000 masa kali)
jadi ibaratnya kita dapat IDR 1000 hanya dengan berbelanja RM360
Contoh (2) kita nak dapatkan IDR 1 000 000 x RM0.40 = RM 400(*Buang 000 masa kali)
jadi ibaratnya kita dapat IDR 1000 hanya dengan berbelanja RM400
so pilih contoh (1) iaitu tempat yang jual harga mata wang tersebut dengan lebih murah .
BELI
Contoh (1) baki duit IDR 50 000 x RM0.25 = RM 12.50(*Buang 000 masa kali)
baki duit yang kita dapat cuma RM 12.50
Contoh (2) baki duit IDR 50 000 x RM0.20 = RM 10(*Buang 000 masa kali)
baki duit yang kita dapat cuma RM 10
so pilih contoh (1) iaitu tempat yang beli harga mata wang tersebut dengan lebih mahal .
Kesimpulannya , harap info ini dapat membantu serba sedikit . Info ini berdasarkan pemahaman dan kajian aku , kalau salah komen dibawah , okay . Inshaallah tahun depan nak merasa pergi Indonesiat tapi tak buat keputusan lagi nak pergi dengan siapa sebab masih mencari partner travel yang sanggup terjah buat video semua ni . Tamat .